Institut memandu riakar

Institut memandu riakar

Privasi & Polisi

Polisi Privasi

Selamat melayari Institut Memandu Riakar (Laman Web). Kami memahami bahawa privasi atas talian adalah penting kepada semua pengguna Laman Web terutamanya semasa melibatkan perniagaan. Polisi ini menentukan polisi privasi kami terhadap semua pengguna laman web kami (“Pelawat”) samada untuk pelawat yang menjalankan urusan perniagaan atau tidak, atau pelawat yang telah berdaftar untuk menjalankan urusan perniagaan melalui Laman Web kami dan menerima pelbagai perkhidmatan yang ditawarkan oleh Institut Memandu Riakar Sdn Bhd.

Maklumat Peribadi

Merujuk kepada sebarang maklumat untuk mengenalpasti atau boleh digunakan untuk mengenalpasti, menghubungi atau mendapatkan lokasi orang tersebut dimana maklumat yang mengandungi (tidak terhad kepada) nama, alamat, number telefon, number faks, alamat emel, profil kewangan, number keselamatan social dan maklumat kad kredit. Maklumat Peribadi tidak termasuk maklumat yang dikumpul tanpa nama (iaitu, tanpa identiti pengguna individu) atau maklumat demografi yang tidak berhubung dengan identiti individu.

Apakah Maklumat Peribadi Yang Dikumpul?

Kami akan mengumpul maklumat asas pengguna daripada semua Pelawat Laman Web. Kami akan mengumpul maklumat tambahan daripada pelanggan yang diberikuasa seperti nama, alamat, number telefon, alamat email, jenis dan saiz perniagaan, jenis dan saiz inventori pengiklanan yang pelanggan ingin membeli atau menjual.

Apakah Organisasi Yang Mengumpul Maklumat Itu ?

Selain pengumpulan maklumat secara terus daripada kami, pihak ketiga perkhidmatan vendor kami ( seperti syarikat kad kredit, clearinghouses, dan bank) yang membekalkan perkhidmatan seperti kredit, insurans dan perkhidmatan escrow kemungkinan akan mengumpul maklumat daripada pelawat dan pelanggan yang diberikuasa laman web kami. Kami tidak akan mengawal cara pihak ketiga menggunakan maklumat peribadi berkenaan, tetapi kami akan meminta mereka menyatakan bagaimana mereka menggunakan maklumat peribadi yang terima daripada pelawat dan pelanggan diberikuasa kami. Sesetengah pihak ketiga hanya bertindak sebagai pengantara dalam rantaian pengedaran dan mereka tidak akan menyimpan, atau menggunakan maklumat yang diberikan kepada mereka.

Bagaimana Laman Web Menggunakan Maklumat Peribadi?

Kami menggunakan Maklumat Peribadi untuk menyesuaikan Laman Web, untuk menawarkan perkhidmatan yang lebih sesuai, serta untuk memenuhi permintaaan belian dan jualan melalui laman web. Kami boleh email pelawat atau pelanggan yang diberikuasa berkenaan soal selidik atau tawaran belian dan jualan atas laman Web atau maklumat yang berkaitan dengan perkara di dalam laman web. Kami juga boleh menggunakan maklumat peribadi untuk menghubungi pelawat atau pelanggan yang diberikuasa sebagai maklumbalas kepada pertanyaan khas atau untuk memberikan informasi yang diminta.

Dengan Siapa Maklumat Itu Akan Dikongsi?

Maklumat peribadi berkenaan pelanggan yang diberikuasa kemungkinan akan berkongsi dengan pelanggan yang diberikuasa yang lain yang ingin menilai potensi transaksi dengan pelanggan diberikuasa yang lain. Kami akan berkongsi agregat maklumat berkenaan pelawat kami, termasuk demografi pelawat dan pelanggan yang diberikuasa kami dengan agensi bersekutu dan vendor pihak ketiga kami. Kami juga menawarkan peluang untuk memilih samada mereka bersetuju menerima maklumat atau dihubungi oleh kami atau mana-mana agensi yang mewakili kami.

Bagaimana Maklumat Peribadi Disimpan?

Maklumat peribadi yang dikumpul oleh Institut Memandu Riakar Sdn Bhd. akan disimpan dengan selamat dan tidak dapat diakses oleh pihak ketiga atau pekerja Institut Memandu Riakar Sdn Bhd. kecuali untuk kegunaan yang dinyatakan di atas.

Apa Pilihan Lain Untik Pelawat Berkenaan Pengumpulan, Penggunaan Dan Pengedaran Maklumat?

Pelawat dan pelanggan yang diberikuasa boleh memilih untuk tidak menerima informasi yang tidak diminta daripada atau dihubungi oleh kami atau vendor kami dan agensi bersekutu melalui maklumbalas email seperti yang diarahkan, atau dengan menghubungi kami

Cookies

Cookies adalah serangkaian maklumat yang disimpan oleh laman web pada komputer pelawat, dan pelayar pelawat akan menyediakan kepada laman web setiap kali pelawat melayar balik.

Adakah Cookies Digunakan Dalam Laman Web?

Cookies digunakan untuk pelbagai sebab. Kami menggunakan Cookies untuk mendapatkan maklumat berkenaan pilihan pelawat kami dan perkhidmatan yang mereka pilih. Kami juga menggunakan Cookies untuk tujuan keselamatan untuk melindungi pelanggan diberikuasa kami. Seperti contoh : sekiranya pelanggan yang diberikuasa log masuk laman web kami dan laman web tidak digunakan lebih daripada 10 minit, kami akan log keluar secara automatik. Pelawat yang tidak ingin menempatkan cookies dalam komputer mereka perlu menetapkan pelayar mereka menolak cookies sebelum menggunakan (Laman web) terdapat sesetengah ciri-ciri tidak berfungsi dengan baik tanpa bantuan daripada cookies

Cookies Yang Digunakan Oleh Pembekal Perkhidmatan

Pembekal perkhidmatan kami akan menggunakan cookies tersebut dan cookies tersebut kan disimpan dalam komputer semasa pelanggan melawat laman web kami. Anda boleh mendapatkan maklumat lanjut berkenaan jenis cookies yang digunakan melalui halaman maklumat cookies kami.

Bagaimanakah Institut Memandu Riakar Sdn Bhd. Menggunakan Maklumat Login?

Institut Memandu Riakar Sdn Bhd. menggunakan maklumat log masuk, termasuk tetapi tidak terhad kepada alamat IP, ISPs, dan jenis pelayar , untuk mengkaji trend, mengurus laman Web, mengesan pergerakan pengguna dan mengumpul maklumat demografi

Rakan Kongsi Atau Pembekal Perkhidmatan Yang Mempunyai Kebenaran Untuk Mendapatkan Maklumat Peribadi Daripada Pelawat Atau Pelangga Yang Diberikuasa Di Laman Web?

Institut Memandu Riakar Sdn Bhd. telah menjalankan perkongsian atau akan menjalankan perkongsian dengan pembekal lain secara berterusan. Pembekal tersebut mungkin mempunyai kebenaran untuk akses sesetengah maklumat peribadi dengan tujuan untuk mendapatkan penilaian perkhidmatan daripada pelanggan yang diberikuasa. Polisi privasi kami tidak melindungi pengumpulan dan penggunaan maklumat ini. Pendedahan Maklumat Peribadi atas pematuhan Undang-undang. Kami akan mendedahkan maklumat peribadi untuk mematuhi perintah mahkamah atau sepina atau permintaan daripada agensi penguatkuasa undang-undang untuk memberikan maklumat. Kami juga akan mendedahkan maklumat peribadi apabila diperlukan dengan prinsip untuk melindungi keselamatan pelawat dan pelanggan diberikuasa kami.

Bagaimana Laman Web Menyimpan Maklumat Peribadi Dengan Selamatnya?

Semua staf syarikat mengetahui cara mengamalkan dan polisi keselamatan. Maklumat peribadi pelawat dan pelanggan yang diberikuasa hanya dapat diakses oleh sesetengah staf yang berkelayakan sahaja dan mereka memerlukan kata laluan untuk mengakses maklumat tersebut. Kami mengaudit sistem dan proses keselamatan kami secara berkala. Maklumat sensitif seperti number credit card atau number keselamatan sosial, adalah dilindungi oleh protokol penyulitan untuk melindungi maklumat yang dihantar melalui internet. Walaupun kami telah mengambil langkah yang munasabah secara komersil untuk melindungi keselamatan laman web, tetapi komunikasi elektronik dan pangkalan data adalah tertakluk kepada ralat , gangguan , break-in dan kami tidak dapat menjamin kejadian seperti berikut tidak akan berlaku serta kami tidak akan bertanggungjawab kepada pelawat atau pelanggan yang diberikuasa untuk sebarang kejadian sedemikian.

Bagaimana Pelawat Dapat Membetulkan Sebarang Ketidaktepatan Dalam Maklumat Peribdi?

Pelawat atau pelanggan yang diberikuasa boleh menghubungi kami untuk mengemaskini maklumat peribadi mereka atau melalui email institutmemanduriakar@gmail.com

Bolehkah Pelawat Membatalkan Atau Menyahaktifkan Maklumat Peribadi Mereka Yang Dikumpul Dalam Laman Web?

Kami menyediakan mekanisme untuk pelawat atau pelanggan yang diberikuasa untuk membatalkan atau menyahaktifkan maklumat peribadi dari pangkalan data laman web. Akan tetapi, oleh kerana kami mempunyai backup dan rekod pembatalan, kemungkinan tidak dapat membatalkan rekod melayar pelawat tanpa menyimpan sebarang maklumat. Seorang individu yang minta untuk menyahaktifkan maklumat peribadi akan dibatalkan maklumat mereka secara fungsional, kami tidak akan menjual, memindah, atau menggunakan maklumat peribadi dengan apa cara.

Hak Anda

Berikut adalah ringkasan hak anda yang dilindungi oleh undang-undang Keselamatan Data

Hak untuk mengakses

Hak untuk pembetulan

Hak untuk membatalkan

Hak untuk menyekat proses

Hak untuk membantah proses

Hak untuk memindahkan data

Hak untuk membuat aduan kepada pihak berkuasa penyeliaan

Hak untuk menarik balik persetujuan

Apa Yang Berlaku Sekiranya Perubahan Polisi Privasi?

Kami akan memberitahu pelawat dan pelanggan yang diberikuasa kami berkenaan sebarang perubahan pada polisi privasi melalui pengumuman di laman web. Akan tetapi, sekiranya kami mengubah polisi privasi yang mungkin akan mendedahkan maklumat peribadi pelawat dan pelanggan yang diberikuasa yang sebelum ini diminta tidak dibenarkan dedahkan, kami akan menghubungi pelawat atau pelanggan yang diberikuasa tersebut untuk mendapatkan kebenaran untuk pendedahan tersebut.

Pautan:

(Laman Web) mempunyai pautan ke laman web lain. Sila ambil perhatian bahawa sekiranya anda klik pada salah satu pautan, anda akan dipindah ke laman web lain. Kami menggalakkan anda membaca kenyataan polisi privasi untuk laman web yang dipautkan kerana polisi privasi mereka mungkin berbeza dengan kami.

Polisi

Terima kasih kerana berbelanja di Institut Memandu Riakar Sdn Bhd.

Oleh kerana Laman Web kami menawarkan barangan tidak berwujud dan tidak dapat ditarik balik, kami tidak memberikan bayaran balik selepas perkhidmatan dibeli, yang anda akui sebelum membeli apa-apa perkhidmatan di Laman Web. Sila pastikan anda membaca dengan teliti huraian perkhidmatan sebelum membuat pembelian.

Hubungi Kami

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai Polisi Bayaran Balik kami, sila hubungi kami seperti di bawah:

Melalui emel: institutmemanduriakar@gmail.com
Melalui telepon: 07-2367737
Melalui surat: Bangunan FARAH, Bt 4 ½ Jalan Skudai, 80200 Johor Bahru Johor Darul Takzim.

Perubahan Polisi

Institut Memandu Riakar Sdn Bhd , berhak untuk meminda, mengemaskini atau menggantikan Polisi Bayaran Balik ini, apabila dilihat sesuai atau keadaan perkhidmatan membenarkannya.

Dokumen ini terakhir dikemas kini pada 24 Julai 2022.

Bahasa Melayu
Scroll to Top